Kelakuan dan ekologi Burung Botak Besar

Kajian fotografik mengenai langkah "tentera" oleh Eadweard Muybridge[28] (circa 1887)

Burung Botak Besar biasanya dilihat seekor atau dalam kawanan kecil ketika ia mengendap sekitar tasik cetek atau dasar tasik mengering dan tempat sampah. Ia kadang kala dijumpai seiring dengan burung ("kite") dan kadang-kala duuduk membongkok untuk tempoh yang lama.[7] Burung Botak Besar juga mungkin mengembangkan kepak mereka agak lama, kemungkinannya untuk mengawal suhu badan mereka.[29] Mereka melayang menggunakan lapisan haba menggunakan sayap kembang besar mereka.[2]

Pembiakan

Burung Botak Besar membiak semasa musim sejuk dalam koloni yang mungkin termasuk burung air lain seperti "Spot-billed Pelican". Sarang burung Botak Besar merupakan pelantar ranting pokok yang besar yang terletak di hujung dahan mendatar pokok yang tinggi.[13] Sarang burung Botak Besar jarang diletakkan di cabang pokok dan puncak pokok yang tidak terhalang membenarkan burung Botak Besar terbang dengan mudah pergi dan kembali ke sarang. Di koloni bersarang Nagaon di Assam, Alstonia scholaris dan Anthocephalus cadamba yang tinggi merupakan pokok kegemaran tempat burung Botak Besar bersarang.[30] Permulaan musim mengawan ditanda dengan beberapa ekor burung berkumpul dan cuba menduduki sebatang pokok. Ketika berkerumun di tapak ini, burung jantan menanda jajahan sarang mereka, mengusir burung lain dan sering kali mendongakkan paruh mereka ke atas dan mengetap-getapkannya. Mereka juga mungkin membengkokkan badan mereka dan separuh mengepakkan sayap mereka dan terkulai. Apabila burung Botak Besar betina hinggap berhampiran, burng jantan memetik ranting baru dan meletakkannya di hadapan burung betina. Burung jantan juga mungkin mengenggam lutut burung betina menggunakan paruh atau memegang paruh mereka hampir dengan burung betina dalam isyarat menyisir. Burung betina yang berpasangan meletakkan paruh dan kepala pada dada burung jantan dan burung jantan memegangnya dengan mengepit paruhnya pada leher burung betina. Paparan lain termasuk pasangan burung itu mengangkat dan menurunkan paruh secara serentak. Serangkap telur, biasanya 3 atau 4 telor putih,[13] ditelorkan selang satu atau dua hari dan pengeraman bermula sebaik sahaja telor pertama keluar. Kedua pasangan mengeram[31] dan telor menetas selang satu atau dua hari, setiap satu mengambil masa sekitar 35 hari dari tarikh ia keluar. Burung dewasa di sarang mendapati kaki mereka dipenuhi najis mereka dan kelakuan ini digelar urohidrosis dan dipercayai bahawa membantu menyejukkan semasa cuaca panas. Burung jantan turut mengembangkan sayap mereka dan memayung anak burung. Anak burung disuap di sarang bagi tempoh sekitar lima bulan.[32]

Makanan

An 1855 illustration depicting the stork hunting a snake

Burung Botak Besar merupakan haiwan maserba dan sungguhpun kebanyakan masa memakan bangkai, ia kadang-kala memburu katak dan serangga besar, dan malah memburu burung kecil, reptilia, dan cencorot. Ia diketahui menyerang itik liar yang dalam jangkauannya dan menelannya bulat-bulat.[33] Makanan utama mereka adalah pemakan bangkai dan sebagaimana vultur kepala dan lehar botak mereka merupakan penyesuaian. Ia sering didapati di atas pembuangan sampah dan akan makan kumbahan haiwan dan manusia.[34] Pada abad ke-19 di Calcutta, mereka makan mayat separa terbakar yang dibuang sepanjang sungai Ganges.[35] Di Rajasthan, di mana ia amat jarang, ia telah dilaporkan makan kawanan belalang gurun (Schistocerca gregaria)[36] tetapi ini dipersoalkan.[23]

Parasit, penyakit dan kematian

Sekurang-kurangnya dua kutu burung, Colpocephalum cooki[37] and Ciconiphilus temporalis[38] didapati sebagai ektoparasit. Burung dewasa sihat tidak mempunyai pemangsa semula jadi, dan punca kematian awal yang direkodkan adalah disebabkan oleh tindakan langsung dan tidak langsung manusia; seperti, racun, menembak, atau kejutan eletrik apabila burung terbang secara tidak sengaja kepada wayar eletrik di atas.[19] Burung dalam kurungan di dapati lemah kepada (H5N1) dan kadar kematian tinggi di kemudahan di Kemboja, dengan dua per tiga burung yang dijangkiti mati.[39] Rekod paling lama dalam kurungan adalah 43 tahun.[40]

Rujukan

WikiPedia: Burung Botak Besar http://elibrary.unm.edu/sora/Auk/v088n04/p0723-p07... http://www.cdc.gov/eid/content/15/3/pdfs/07-1410.p... //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2681101 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19239769 http://www.phthiraptera.info/Publications/0786.pdf http://www.phthiraptera.info/Publications/0997.pdf http://birdbase.hokkaido-ies.go.jp/rdb/rdb_en/lept... http://www.archive.org/stream/BakerFbiBirds6/Baker... http://www.archive.org/stream/NLBW30_56#page/n9/mo... http://www.archive.org/stream/NLBW30_78#page/n4/mo...